AINUL MARDIAH STORY'S
About Links Entries Credit
Persahabatan dan Cinta
Friday 21 March 2014 | 1:30 pm | 0 comments
Assalamualaikum,salam jumaat.Alhamdulillah UP 1 dah selesai minggu lepas,minggu ni cuti seminggu.cuti pun tak berapa nak cuti fikirkan homework yg bertimbun.kepada SPM candidates 2013 tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang.harini tiba-2 terfikir nak create entry sebelum tunggu abah dgn Aiman balik solat jumaat then nak keluar sambil-2 tu duduk dulu depan lap n main taip-2 sikit.

"SAHABAT"
semua orang didunia ada sahabat,mustahil kita tidak ada sahabat even seorg,apa makna sahabat?sahabat ialah org yg paling dekat dihati kita.Tanpa mereka siapa jugalah kita.

PANTASNYA DETIK BERLALU,DALAM DIAM KITA MULA BERKENALAN DENGAN RASA "CINTA".SYAHDUNYA RASA WALAU HANYA DENGAN MENYEBUTNYA SAHAJA.ITULAH CINTA! PERNAHKAH BERCINTA?BERDUSTALAH SEKIRANYA TIDAK MERASAI CINTA.LAHIRNYA KITA KE DUNIA JUGA PASTI DENGAN CINTA KEDUA IBU BAPA.NAMUN SEMESTINYA CINTA KITA YANG AGUNG HANYA UNTUK SANG "PENCIPTA" ITU PASTI.

lihatlah di sekeliling kita,siapa insan yg berjaya mencuit hati kita?adakah dia yg dianggap SAHABAT?seringkali kita dengari sejak dulu hingga kini akan sebuah ungkapan "lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat,kerana nanti akan timbul perasaan cinta" betulkah ungkapan itu?tepuk dada tnyalah hati,kerana hati tidak pernah berbohong.

hidup ini biarlah kita bersahabat dgn ramai orang,ia akan membuka mata kita mengenai erti hidup dan cinta.hal yg elok dan baik kita ambil,manakala yg  buruk itu jauhkan dari pandangan mata.walaupun tidak semestinya timbul rasa cinta antara sahabat lelaki dan perempuan,ia bukan mustahil untuk seseorang itu jatuh cinta dgn sahabat baiknya.di luar sana pasti berlaku,usahlah kita menidakkannya.

bukan semua orang boleh menerima cinta daripada sahabat sendiri.ada yang menganggap sahabat hanya kekal sahabat sampai mati,tidak akan timbul perasaan cinta sampai bila-bila.untuk mengubah perasaan itu daripada kawan kepada cinta,adakalanya terlalu sukar.namun rasa hati itu seringkali teruji.apabila cinta ditolak oleh sahabat,hubungan yg rapat sebelum ini mulai dingin lalu semakin terasa hambar.sejak itulah,tiada lagi cerita yg dikongsi,tiada lagi senyum dan tawanya,satu persatu hilang dalam perhbungan dan persahabatan yang sekian lama terjalin.
       
                                                                                                         
                                                                                                  Teks & susunan: Nor Shahima Shahidan

CIRI SAHABAT YANG BAIK


Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan  jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Older Post